Yuna Tutup Instagram Atas Faktor Keselamatan

Kalau dulu senang kita nak tengok Yuna dan updates bergambar terbaru Yuna, sekarang susah sikit. Sebab Yuna dah tutup (tidak aktif) akaun instagramnya atas faktor keselamatan. Khabarnya, Yuna di stalk oleh peminat yang mengintai setiap gerak geri Yuna sejak sebulan lalu.

Yuna Instagram Istana budaya

Yuna yang sudah terbiasa upload gambar di instagram menyifatkan instagram sebagai diari hariannya dan Yuna tidak kisah berkongsi gambar peribadi di akaun Instagramnya tapi kini rutin itu terpaksa ditutup buat seketika (atau mungkin selamanya?).

Yuna Instagram Istana budaya Practice

Setiap gambar yang Yuna upload di Instagram secara tidak langsung menunjukkan lokasi dimana dia berada dan ini membolehkan Yuna dikesan. Bayangkan dengan hidup bersendirian di Los Angeles, segalanya berisiko. Walaupun begitu, peminat masih boleh melihat updates yuna di instagram syarikatnya @yunaroomrecords.