Lebaran Yang Bahagia - Rabbani
Tajuk Lagu/ Song Title: Lebaran Yang Bahagia
Artis/ Artist: Rabbani
Album/ Info: Single 2013 / Lagu: Pak Ngah. Lirik: B. Nury

Video Muzik/ Music Video: Lebaran Yang Bahagia - Rabbani
Youtube
(Official MV)

Lirik Lagu/ Lyrics: Lebaran Yang Bahagia - Rabbani
Bahgianya kita di aidilfitri
Bersama menyambutnya
Hari yang Allah kurniakan
Lebaran kemenangan
Hari raya

Bergembira bertakbir bersyukur
Kepada Yang Maha Esa
Pujian di alun bersama
Mengharap keredhaan-Nya

Berhias bercantiklah di hari raya
Ceria ceriakanlah suasana
Lebaran mulia menyeri jiwa
Mari kita raikannya

Bayarlah fitrah dan sedekah
Bersolatlah di awal paginya
Berdoa mohon keampunan
Moga dirahmati selamanya

Rapatkanlah silaturrahim
Berziarah jangan diabaikan
Sajikan jamuan istimewa
Nikmat juadah hari raya

Selamat, selamat, selamat hari raya
Selamat, selamat hari raya

Berkumpul setahun sekali
Bertemu kaum keluarga
Bersama saling bergembira
Di hari yang mulia

Selamat hari raya aidilfitri
Kalimah ucapan hari bahagia
Bermaaf-maaflah sucikan hati
Diri kita semua

Ciumlah tangan ayah bonda
Pohonlah doa restu mereka
Rasa bahgia di hari raya
Suci bersih hati kita

Mereka cahaya kasih sayang
Tempat mengadu mendamba rindu
Berilah hadiah seadanya
Tanda bingkisan hari raya

Berhari raya budaya kita
Jagalah adab kesopanannya
Perkara dosa jauhkanlah
Juga amalan yang sia-sia

Marilah hargai aidilfitri
Semulia hari orang bertaqwa
Setelah bersih fitrah naluri
Jangan sengaja dirosakkan