26 Jul 2013

Bahagia Di Hari Raya - THR Gegar

 Bahagia Di Hari Raya - THR Gegar
Tajuk Lagu/ Song Title:  Bahagia Di Hari Raya
Artis/ Artist: THR Gegar
Album/ Info: Cover lagu raya aidilfitri edisi 2013 terbaru oleh penyampai-penyampai radio THR GEGAR / Lagu Asal Bahagia di Hari Raya ciptaan Eddie Hamid / Lirik Nazrin Nordin (Nazz THR GEGAR) / MV akan dikeluarkan dalam masa terdekat

Video Muzik/ Music Video: Bahagia Di Hari Raya - THR Gegar
Youtube
(Official MV)

Lirik Lagu/ Lyrics: Bahagia Di Hari Raya - THR Gegar
Hari raya oh hari raya
Semua insan bergembira
Menyambut hari mulia
Menyuci segala dosa
Hari raya oh hari raya

Saban tahun sabar menanti
Kini raya telah kembali
Miskin kaya sama merai
Hari raya kita nikmati

Rumah dihias cantik sekali
Juadah dihidang tersusun rapi
Bunga dimeja mekar bersemi
Pakaian disarung indah berseri

Selamat selamat selamat hari raya
Bersama gembira kita raikannya
Yang miskin dilupa janganlah dilupa
Semoga bahagia di hari raya

Selamat selamat selamat hari raya
Bersama gembira kita raikannya
Yang miskin dilupa janganlah dilupa
Semoga bahagia di hari raya

Sayup terdengar takbir bergema
Di dalam hati tenang dirasa
Hanya memuji Allah yang Esa
Dari hamba yang lemah segala

Di hari raya semua gembira
Lupakan saja segala sengketa
Hari raya hari yang mulia
Umat Islam meraikannya

Hai abang marilah kita meraikan
Hai adik berilah senyum mu yang mesra
Oh ayah oh ibu ampunkan dosaku
Di pagi yang mulia ku cium tanganmu

Selamat selamat selamat hari raya
Bersama gembira kita raikannya
Yang miskin dilupa janganlah dilupa
Semoga bahagia di hari raya