Mari Mengundi - One Nation Emcees
Tajuk Lagu/ Song Title: Mari Mengundi
Artis/ Artist: One Nation Emcees
Album/ Info: Single 2013 / Lagu iklan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sempena Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU-13)

Video Muzik/ Music Video: Mari Mengundi - One Nation Emcees
Youtube


Lirik Lagu/ Lyrics: Mari Mengundi - One Nation Emcees
Marilah mari pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hoo..
Marilah mari pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Mari-mari pergi mengundi
Kita tegakkan demokrasi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Mari-mari pergi mengundi
Kita tegakkan demokrasi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Pilihanraya tiba lagi
Semarak demokrasi
Semak butiran pengenalan diri
Datang awal seawal pagi di pusat mengundi
Yang muda yang tua serta kurang upaya
Pakailah yang sopan yang penting lambang parti tak ada
Jari telunjuk pastikan jelas tiada tanda
Ikutlah peraturan jangan cari masalah

Marilah mari pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hoo..
Marilah mari pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Bila masuk jangan lupa kad pengenalan
Biar ejen calon puas hati dengan kesahihan
Baru urusan lancar mantap dijalankan
Nama dipanggil tolong tunjukkan
Untuk dicalit jari telunjuk tangan kiri
Sebelum memangkah harus hati-hati
Ada parlimen ada negeri
Undilah calon pilihan hati sendiri

*pangkah dipetak yang betul supaya undi tidak ditolak
*lipat kertas undi dan masukkan ke peti undi yang betul
*segera beredar selepas selesai
*ada pertanyaan SPR sedia membantu

Mari mari jam lapan kita mula
Mari mari sehingga jam lima
Mari mari depan ejen undi dikira
Ha.. keputusan segera

Mari-mari pergi mengundi
Kita tegakkan demokrasi
Jangan lupa kewajipan pada negara
Mari-mari pergi mengundi
Kita tegakkan demokrasi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari mari bersama
Demokrasi terus dibina jelas ternyata
Pilihanraya suara semua
Jangan lupa kewajipan pada negara