Juara Dedeq feat. Mali, Nawkhi, EOne
Tajuk Lagu: Juara
Album: -
Artis: Dedeq feat. Mali, Nawkhi, EOne

Muzik Video: Juara - Dedeq feat. Mali, Nawkhi, EOne

Lirik Lagu: Juara - Dedeq feat. Mali, Nawkhi, EOne


Korus:
Kami mara gaya sang juara
Rebah bangkit lagi kami si juara
Tanah tumpah darahku juara
Mengaum-mengaum Harimau Malaya

Buka tv, wisel berbunyi
Harimau sepak mula
Kecoh sana sini
Sampai ke kedai mamak

Kuning, hitam jersi
Putih, biru, merah
Pastinya begini
Warna si juara

Di rumah di stadium
Tak ada yang diam
Menyokong pasukan negara yang sedang mengaum
Lihat muka gementar pasukan awan
Bak dantang bang, kalau mahu kena terkam

Masuk mulut kami bila lepas keluar dari mulut buaya
Nah, kau kukunyah macam gula-gula getah
Semangat, di atas muka ku lukis bendera
Tiada tandingan kami menjulang piala

Ini era baru, baru mereka tahu
Bercerai roboh, hebat bila kita bersatu

Negaraku Malaysia
Bersama semua
Kibarkan Jalur Gemilang juara

[Korus]

Gendang bagaikan guruh
Laung sorak gempita
Darah tukar gemuruh ke serangan halilintar

Ini bukan mengacah
Ini marabahaya
Kuku siap berasah
Pedas belang Malaya

Sebelas hati saudara
Geram gigi geraham
Biar mereka faham apa rasa kena baham

Jatuh itu adat
Kita tak kenal sakit
Tiada erti penat
Belang tarung pasti bangkit

Siapa berani halang
Kita kan pasti pangkah
Redah tanak rekah tapak
perang belang melangkah

Kaki mereka kaku
Gerak mereka basi
Semua mereka tahu
Pantas kita pasti jadi

Seranglah bagai ribut
Biar jangan berhenti
Urat otot berapi
Kita rehat bila mati

Setiap inci ruang
Tekad terus berjuang
Belang bukan di kulit
Pahat lilitnya ke tulang

[Korus]

Ayuh kibar bendera
Sokongan yang membara
Kami mara gaya
Gaya mara juara

Ini harimau muda
Langkah Harimau Malaya
Siapkan posisi
Kita layarkan bahtera

Cuba jangan cuba
Kami atur acara
Mula tetap mula
Mana mungkin beralah

Kalau sudah sedia
Ayuh susun tentera
Bila kami menyerang
Berpatah kami pantang

Bak datang, bak ladang
Gua tentang macam seladang
Yuh kita terus menentang
Tak jauh hanya di padang

Kami bersatu
Sokongan yang padu
Serangan dituju
Menjadi nombor satu

Harimau menerkam
Mana mungkin berdiam
Menjulang piala
Itu yang diidam

Beradab biar teguh
Bercerai roboh
Semangat membara
Mengaumlah Juara! Juara!

Malaysia! Malaysia! Malaysia!

[Korus]